FELDA Terima Kunjung Hormat Delegasi Republik Timor-Leste

Menara FELDA menerima kunjung hormat delegasi dari Republik Timor-Leste yang diketuai oleh H.E. Dr. Paulo Remedios, Timbalan Menteri Pengukuhan Institusi Timor-Leste. Lawatan ini adalah sebagai susulan cadangan YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN agar negara-negara serantau melihat sendiri agensi berusia 69 tahun yang terlibat dalam pembangunan komuniti luar bandar melalui model FELDA.

Delegasi telah disambut oleh YBhg Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA, Puan Che Suhaini Che Abas, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar & Pengurusan, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri, Encik Muhammad Fitri Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FIC, Tuan Syed Fadil Syed Sofi, Pengarah Strategik Korporat, Puan Hazaril Haizar Md Akir, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan dan Encik Syirfan Indra Mitra Surya Hussin, Pengarah Komunikasi Strategik FELDA.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai idea kerjasama dibincangkan termasuk aspek tadbir urus tanah, pemerkasaan komuniti peneroka dan pemindahan ilmu pembangunan luar bandar.

FELDA mengalu-alukan inisiatif sebegini yang dapat memperkukuh hubungan dua hala serta meletakkan Malaysia, khususnya FELDA, sebagai rujukan kepada negara membangun dalam bidang pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Semoga jalinan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik di masa hadapan.

#SegalanyaFELDA #MacamDuluDulu

Sumber

lain-lain hebahan