
Program Cari Harta Karun Bertemakan Minyak Kelapa Sawit Felda, Terima Pengiktirafan MBOR
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mencipta sejarah dengan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian Most Participants In Oil Palm-Themed Treasure Hunt yang disertai oleh golongan peneroka.



