Kenali FELDA
Penubuhan dan Objektif Asal FELDA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474).
Penubuhan ini bertujuan untuk:
di bawah GSA - Group Settlement Areas (Akta 530)
Transformasi FELDA (1990-an dan Seterusnya)
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 peneroka ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara.
Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk:
- Berdiri dengan kewangan sendiri
- Menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri
Mulai tahun 1996, kerajaan tidak lagi menyalurkan peruntukan operasi kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta termasuk:
- FELDA Holdings Sdn. Bhd.
- FELDA Plantations Sdn. Bhd.
- FELDA Global Ventures (FGV)
Untuk memastikan pertambahan pendapatan, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA juga menubuhkan FELDA Investment Corporation (FIC).
Peranan FELDA Pada Masa Kini
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan:
- Menyediakan kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA
- Memastikan generasi peneroka mendapat asas pendidikan yang elok termasuk peluang pendidikan tinggi
- Menjana pelbagai aktiviti ekonomi seperti:
- Program usahawan
- Tanaman buah dan sayuran
- Ternakan (di bawah Gedung Makanan Negara)
- Merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil